Thursday, May 28, 2009

Sejarah & Ketuanan Melayu

1. Terima kasih kepada Sdr. Faizal Ketua PPU Cawangan Pt Mesjid yang memberikan komen beliau mengenai Ketuanan Melayu. Memang generasi muda hari ini tidak berapa mengetahui Sejarah ketuanan Melayu, apalagi mengenai Sejarah Tanah Melayu. Kadang terfikir juga di hati, benarkah kita orang Melayu bilamana kita tidak mengetahui sejarah bangsa sendiri?

2. Secara ringkasnya kerajaan Melayu bermula pada tahun 1400. Ia asaskan oleh Paremeswara sehinggalah pada tahun 1511 Kerajaan Melayu Melaka ditumbangkan oleh Portugis. Kemudian Belanda mengalahkan Portugis dan menjajah Tanah Melayu. Belanda Kemudiannya ditundukkan oleh pihak Inggeris. Inggeris berkuasa di Tanah Melayu sehinggalah Jepun menyerang dan menakluk Tanah Melayu. Walaubagaimanapun penjajahan Jepun tidak lama apabila mereka mengaku kalah di dalam Perang Dunia Ke 2. Ketika pemerintahan Jepun, Orang-orang Melayu meminta bantuan British untuk menentang Jepun.

3. Apabila Jepun berjaya dikalahkan,British berkuasa kembali di Tanah Melayu dan berhasrat menubuhkan Malayan Union. Inilah detik kebangkitan orang Melayu menutut kemerdekaan.Maka UMNO ditubuhkan sebagai parti wadah bangsa Melayu. Orang-orang Melayu ketika itu sedar bahawa jika kita tidak menuntut kemerdekaan, Melayu akan kekal menjadi hamba di tanah air sendiri.Negeri-negeri Tanah Melayu ketika itu terbahagi kepada 3 iaitu Negeri-Negeri Bersekutu, Negeri-Negeri Tidak Bersekutu dan dan Negeri Selat. Ada juga parti-parti kecil orang Melayu yang berhaluan kiri tapi UMNO merupakan parti utama yang mewakili majoriti besar suara orang-rang Melayu ketika itu.

4. Kaum Cina dan India telah datang ke Tanah Melayu sejak dari zaman Kerajaan melayu Melaka lagi . Meraka adalah adalah kaum pedagang dari timur dan barat.orang Cina berdagang sutera manakala orang India berdagang rempah dan kain. Pada zaman British ramai pendatang cina dibawa masuk bagi tujuan perlombongan. Orang India pula dibawa masuk untuk bekerja di ladang-ladang getah kepunyaan British. Ketika orang Melayu menuntut kemerdekaan, ketua kaum-kaum ini telah telah datang berunding dengan Allahyarham Tunku Abdul Rahman menyatakan hasrat bahawa mereka juga ingin bersama-sama menumpang kemerdekaan ini dengan orang Melayu. Banyak rundingan telah dibuat. Orang Melayu sejak dari dahulu terkenal dengan sifat tolak ansur. Maka UMNO yang mewakili suara orang-orang Melayu ketika itu bersetuju mengiktiraf kaum cina dan India sebagai penduduk Tanah Melayu (Melaya).

5. Tidak lama selepas merdeka, atas aspirasi Nasional, Tanah Melayu (Melaya)ditukar kepada Malaysia supaya kaum cina dan india tidak tersinggung dan berasa kecil hati dengan perkatan Melaya yang bermaksud Tanah Melayu. Dengan penggunaan nama Malaysia orang Melayu berharap kaum-kaum cina dan India dapat hidup di bumi orang Melayu ini dengan harmoni, amai damai dan saling menghormati. Malangnya hari ini setelah 53 tahun merdeka, generasi muda terutama daripada dua kaum terbesar ini tidak mengetahui sejarah penting tersebut. Lebih mendukacitakan anak-anak muda Melayu juga tidak mengetahui sejarah Melayu. Inilah yang menyebabkan kekeliruan. maka muncul konsep Malaysian Malaysia dengan tujuan untuk mengubah sejarah dan landskap sosio politik Malaysia.

6. Inilah pentingnya mengetahui sejarah. Jika kita mengetahui sejarah dengan tepat, maka persoalan mengenai ketuanan Melayu ini bukanlah isu yang mengelirukan. Benar, kaum-kaum lain juga adalah warganegara Malaysia dan mempuyai hak sama rata di dalam perlembagaan. Selama ini pun kita tidak pernah menafikan hak-hak kaum tersebut. Parti-parti seperti MIC dan MCA telah sekian lama menjadi saluran bagi kaum tersebut dalam menuntut hak mereka sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan. Jadi mengapa pula kini mereka mempersoalkan hak-hak orang Melayu? Oleh kerana malaysia ini asalnya adalah Tanah Melayu, maka kita dapat melihat di setiap negeri kecuali di Negeri Sembilan, Melaka dan Pulau Pinang Ketua Negeri adalah Sultan yang merupakan orang Melayu. Malah bagi negeri yang tidak mempunyai Sultan juga, Yang Dipertua Negeri adalah orang Melayu juga. Jika kita bukan tuan kepada negeri-negeri di Malaysia ini mengapa pelembgaan menetapkan Ketua Negeri adalah orang-orang Melayu?

7. Ketuanan Melayu tidak bermakna kita mengamalkan sistem perhambaan kepada kaum lain. Malah dalam realiti sebenar, taraf sosio ekonomi orang-orang Melayu jauh ketinggalan berbanding dengan kaum-kaum lain. Orang-orang cina umpamanya mempunyai ramai golongan koperat akibat penglibatan mereka di dalam perniagaan. orang-orang India pula ramai menjadi doktor dan peguam. Hanya selepas ujudnya institusi pengajian tinggi khas untuk Bumiputera seperti ITM (kini UiTM) - hasil usaha UMNO maka orang Melayu dapat melahirkan ramai golongan professional.Malangnya sebahagian mereka ini seperti kacang lupakan kulit, madu diberi tuba dibalas.

8. Kepada semua Pemuda dan orang melayu amnya, adalah lebih baik bagi kita untuk membaca kembali buku-buku sejarah mengenai Kemerdekaan Tanah Melayu. Ia akan memberikan kefahaman yang lebih tepat dan terperinci mengenai sejarah perjuangan Orang Melayu. Jauh perjalanan luas pengalaman. Banyak membaca menambahkan ilmu pengetahuan!

No comments:

Post a Comment