Thursday, May 21, 2009

Persidangan Pemuda UMNO Cawangan

Assalamualaikum wbt..

1. Pada hujung minggu ini terdapat beberapa cawangan yang akan mengadakan persidangan Pemuda UMNO bagi tahun 2009. Bagi cawangan-cawangan lain yang belum menetapkan tarikh persidangan, sila tetapkan tarikh yang sesuai dan maklumkan kepada urusetia Pemuda UMNO bahagian yang diketuai oleh Sdr. Fairus Bin Jasa. Ini akan membolehkan kita membuat penyelarasan terhadap persidangan cawangan anda.

2. Bagi ketua-ketua cawangan yang ingin mendapatkan sedikit bantuan kewangan untuk majlis persidangan cawangan masing-masing, bolehlah terus menghubungi Ketua Pemuda UMNO Bahagian iaitu Sdr. Mesnor Bin Bujang di talian 012 704 6026. Ini adalah sebagaimana yang telah beliau janji dan maklumkan di dalam majlis taklimat penerangan tempohari,

3. Bagi mana-mana cawangan yang mempunyai sebarang pertanyaan mengenai tatacara persidangan cawangan sila berurusan dengan Sdr. Fairus Bin Jasa. Untuk makluman, kita juga menyediakan satu salinan CD untuk rujukan kepada semua Ketua Pemuda cawangan.


4. Sebelum terlewat, saya selaku Ketua Penerangan PPU dan mewakili PPU Tg. Piai mengucapkan selamat bersidang kepada semua cawangan Pemuda UMNO di dalam bahagian Tg. Piai. Moga-moga majlis yang akan kita laksanakan ini mendapat rahmat dan keberkatan Allah.


Sekian untuk makluman.

Hawari Md. Khalid
Ketua Penerangan
PPU Tg. Piai

No comments:

Post a Comment