Friday, May 29, 2009

Calon G2

1. Sebagaimana yang pernah diumumkan bahawa 2 calon G2 yang dinamakan oleh Pemuda Bahagian adalah Sdr Zambri Bin Moin dan Sdr. Norafandi. Kedua-duanya adalah AJK pemuda Bahagian. Mengapa Pemuda Bahagian menamakan mereka sebagai calon G2? Sebabnya kerana hanya 2 individu ini yang menawarkan diri apabila Sdr Mesnor membuka ruang pencalonan kepada semua AJK. Oleh itu semua yang hadir pada mesyuarat AJK Bahagian tersebut (termasuk NKP Sdr Suhaimi Salleh) telah sebulat suara menyokong pencalonan kedua-dua AJK ini.

2. Ada juga rakan yang menelefon bertanya samada bolehkah mereka mencalonkan nama lain selain daripada 2 orang AJK yang dinamakan tadi? Jawapannya; boleh dan tidak ada halangan. Di dalam demokrasi anda boleh mencadangkan sesiapa sahaja asalkan menepati syarat-syarat yang diperuntukkan oleh perlembagaan dan peraturan parti . Cuma pada peringkat bahagian semua AJK dan pegawai telah sebulat suara menyokong pencalonan 2 nama yang dicalonkan tadi. Oleh itu mereka juga sebulat suara telah menolak sebarang cadangan bagi nama mereka.

3. Saya berharap agar jawapan ringkas ini dapat menerangkan kedudukan sebenar kepada ahli-ahli pemuda di luar sana. Kita berharap tidak timbul persepsi yang mengatakan bahawa kita bertindak menyekat suara demokrasi dengan membelakangkan perlembagaan parti.

Sekian harap maklum.

No comments:

Post a Comment