Tuesday, May 26, 2009

Pegawai Penyelaras Penerangan Zon.

1. Beberapa orang telah dipilih untuk menjadi pegawai penyelaras penerangan bagi Dun Pekan
Nenas dan Dun Kukup :-

a. Bagi Dun Pekan Nenas ia diketuai oleh Sdr Rodahlan Paya Embun, dan dibantu oleh Sdr
Mansor bin Puasa Maju Jaya dan Sdr. Jamaluddin daripada Sinar Harapan.

b. Manakala bagi Dun Kukup ia diketuai oleh Sdr Raihan daripada Serkat dan dibantu oleh Sdr.
Norhisyam daripada Serkat Timur dan Sdr. Nasharudin daripada Rimba Terjun Barat.

c. Bagi kawasan bandar pula pegawai penyelaras yang dilantik ia Sdr. Faizal iaitu Ketua
Cawangan Pemuda Parit Mesjid. Beliau juga merupakan Setiausaha Biro ICT.


2. Perlantikan beberapa pegawai ini dibuat atas beberapa sebab tertentu :-

a. Untuk membantu biro penerangan dalam mencapai objektif dengan berkesan
b. Melatih pegawai-pegawai tersebut untuk menjadi agen penerangan parti yang berkesan
c. mendedahkankan mereka kepada keadaan sebenar yang berlaku di peringkat akar umbi
d. memberi peluang kepada ramai ahli pemuda untuk berkhidmat di dalam parti walaupun
mereka tidak mempunyai jawatan sebagai pegawai di peringkat bahagian.



1 comment:

  1. Assalamualaikum para PEMUDA sekelian.

    Alhamdulillah kita memiliki ruangan untuk berkongsi idea demi kebaikan bersama. Terima kasih kepada Ketua Penerangan kita yang bersedia mencuri sedikit masa bagi menyediakan medium ini.

    Bagi sesi permulaan ini, ingin saya menyentuh hakikat kesedaran apakah SEJARAH KETUANAN MELAYU. Ramai antara kita masih samar mengapa kita ni TUAN sedangkan ada BANGSA lain yang menyatakan "Awak orang Jawa ke? Asal Jawa dari Indonesia kan?" " So sama mcm CINA, INDIA dan yang lain-lain. Jadi kenapa berhak dapat kemudahan tapi bangsa lain tak layak?" Ramai antara kita di akar umbi yang terdiam bila diajukan persoalan ini.

    Jelas kelemahan maklumat sejarah sebenar tentang HAK MELAYU di bumi MELAYU ini.Justeru saya menyeru rakan-rakan di luar sana yang memiliki info yang bermenafaat , dapat membekal matlumat tersebut di ruanagn ini untuk makluman bersama

    Sekian terima kasih.

    ReplyDelete