Saturday, May 30, 2009

When You Believe - A Motivation

1.Ada beberapa rakan-rakan pemuda yang memberi komen supaya ruangan blog ini juga digunakan sebagai forum ilmu seperti memberi motivasi dan sebagainya. Saya teruja dengan idea sedemikian. Oleh itu saya berikan sedikit motivasi ringkas sebagai respon idea tersebut.

2. 'When You Believe' sebenarnya tajuk sebuah lagu yang dinyanyikan oleh dua penyanyi terkenal iaitu Whitney dan Mariah Carey. Bagi anda yang tidak biasa dengan lagu ini bolehlah mendengarnya melalui youtube dengan menaip tajuk lagu tersebut. Lagu ini memberi inspirasi kerana ada bait lirik lagu tersebut yang menyatakan sekiranya kita percaya kepada diri kita, keajaiban akan muncul. Antara faktor kejayaan ialah percaya kepada diri sendiri. Jika kita tidak mempercayai kebolehan diri sendiri, itu bererti kita menggagalkan diri kita sebelum kegagalan sebenar tiba.

2. Bintang bola keranjang NBA yang terkenal Micheal Jordan pernah berkata bahawa kejayaan dicapai melalui 5 perkara :-

a. Kemahuan
b. Keazaman
c. Disiplin
d. Dedikasi
e. Membuat keputusan yang betul pada masa yang betul

3. Percayalah kepada diri anda. Ia adalah sikap yang menghalang kita daripada berputus asa. Ingatlah sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang berputus asa dalam membuat kebaikan.


Sekian untuk renungan bersama.

Friday, May 29, 2009

Calon G2

1. Sebagaimana yang pernah diumumkan bahawa 2 calon G2 yang dinamakan oleh Pemuda Bahagian adalah Sdr Zambri Bin Moin dan Sdr. Norafandi. Kedua-duanya adalah AJK pemuda Bahagian. Mengapa Pemuda Bahagian menamakan mereka sebagai calon G2? Sebabnya kerana hanya 2 individu ini yang menawarkan diri apabila Sdr Mesnor membuka ruang pencalonan kepada semua AJK. Oleh itu semua yang hadir pada mesyuarat AJK Bahagian tersebut (termasuk NKP Sdr Suhaimi Salleh) telah sebulat suara menyokong pencalonan kedua-dua AJK ini.

2. Ada juga rakan yang menelefon bertanya samada bolehkah mereka mencalonkan nama lain selain daripada 2 orang AJK yang dinamakan tadi? Jawapannya; boleh dan tidak ada halangan. Di dalam demokrasi anda boleh mencadangkan sesiapa sahaja asalkan menepati syarat-syarat yang diperuntukkan oleh perlembagaan dan peraturan parti . Cuma pada peringkat bahagian semua AJK dan pegawai telah sebulat suara menyokong pencalonan 2 nama yang dicalonkan tadi. Oleh itu mereka juga sebulat suara telah menolak sebarang cadangan bagi nama mereka.

3. Saya berharap agar jawapan ringkas ini dapat menerangkan kedudukan sebenar kepada ahli-ahli pemuda di luar sana. Kita berharap tidak timbul persepsi yang mengatakan bahawa kita bertindak menyekat suara demokrasi dengan membelakangkan perlembagaan parti.

Sekian harap maklum.

Thursday, May 28, 2009

Sejarah & Ketuanan Melayu

1. Terima kasih kepada Sdr. Faizal Ketua PPU Cawangan Pt Mesjid yang memberikan komen beliau mengenai Ketuanan Melayu. Memang generasi muda hari ini tidak berapa mengetahui Sejarah ketuanan Melayu, apalagi mengenai Sejarah Tanah Melayu. Kadang terfikir juga di hati, benarkah kita orang Melayu bilamana kita tidak mengetahui sejarah bangsa sendiri?

2. Secara ringkasnya kerajaan Melayu bermula pada tahun 1400. Ia asaskan oleh Paremeswara sehinggalah pada tahun 1511 Kerajaan Melayu Melaka ditumbangkan oleh Portugis. Kemudian Belanda mengalahkan Portugis dan menjajah Tanah Melayu. Belanda Kemudiannya ditundukkan oleh pihak Inggeris. Inggeris berkuasa di Tanah Melayu sehinggalah Jepun menyerang dan menakluk Tanah Melayu. Walaubagaimanapun penjajahan Jepun tidak lama apabila mereka mengaku kalah di dalam Perang Dunia Ke 2. Ketika pemerintahan Jepun, Orang-orang Melayu meminta bantuan British untuk menentang Jepun.

3. Apabila Jepun berjaya dikalahkan,British berkuasa kembali di Tanah Melayu dan berhasrat menubuhkan Malayan Union. Inilah detik kebangkitan orang Melayu menutut kemerdekaan.Maka UMNO ditubuhkan sebagai parti wadah bangsa Melayu. Orang-orang Melayu ketika itu sedar bahawa jika kita tidak menuntut kemerdekaan, Melayu akan kekal menjadi hamba di tanah air sendiri.Negeri-negeri Tanah Melayu ketika itu terbahagi kepada 3 iaitu Negeri-Negeri Bersekutu, Negeri-Negeri Tidak Bersekutu dan dan Negeri Selat. Ada juga parti-parti kecil orang Melayu yang berhaluan kiri tapi UMNO merupakan parti utama yang mewakili majoriti besar suara orang-rang Melayu ketika itu.

4. Kaum Cina dan India telah datang ke Tanah Melayu sejak dari zaman Kerajaan melayu Melaka lagi . Meraka adalah adalah kaum pedagang dari timur dan barat.orang Cina berdagang sutera manakala orang India berdagang rempah dan kain. Pada zaman British ramai pendatang cina dibawa masuk bagi tujuan perlombongan. Orang India pula dibawa masuk untuk bekerja di ladang-ladang getah kepunyaan British. Ketika orang Melayu menuntut kemerdekaan, ketua kaum-kaum ini telah telah datang berunding dengan Allahyarham Tunku Abdul Rahman menyatakan hasrat bahawa mereka juga ingin bersama-sama menumpang kemerdekaan ini dengan orang Melayu. Banyak rundingan telah dibuat. Orang Melayu sejak dari dahulu terkenal dengan sifat tolak ansur. Maka UMNO yang mewakili suara orang-orang Melayu ketika itu bersetuju mengiktiraf kaum cina dan India sebagai penduduk Tanah Melayu (Melaya).

5. Tidak lama selepas merdeka, atas aspirasi Nasional, Tanah Melayu (Melaya)ditukar kepada Malaysia supaya kaum cina dan india tidak tersinggung dan berasa kecil hati dengan perkatan Melaya yang bermaksud Tanah Melayu. Dengan penggunaan nama Malaysia orang Melayu berharap kaum-kaum cina dan India dapat hidup di bumi orang Melayu ini dengan harmoni, amai damai dan saling menghormati. Malangnya hari ini setelah 53 tahun merdeka, generasi muda terutama daripada dua kaum terbesar ini tidak mengetahui sejarah penting tersebut. Lebih mendukacitakan anak-anak muda Melayu juga tidak mengetahui sejarah Melayu. Inilah yang menyebabkan kekeliruan. maka muncul konsep Malaysian Malaysia dengan tujuan untuk mengubah sejarah dan landskap sosio politik Malaysia.

6. Inilah pentingnya mengetahui sejarah. Jika kita mengetahui sejarah dengan tepat, maka persoalan mengenai ketuanan Melayu ini bukanlah isu yang mengelirukan. Benar, kaum-kaum lain juga adalah warganegara Malaysia dan mempuyai hak sama rata di dalam perlembagaan. Selama ini pun kita tidak pernah menafikan hak-hak kaum tersebut. Parti-parti seperti MIC dan MCA telah sekian lama menjadi saluran bagi kaum tersebut dalam menuntut hak mereka sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan. Jadi mengapa pula kini mereka mempersoalkan hak-hak orang Melayu? Oleh kerana malaysia ini asalnya adalah Tanah Melayu, maka kita dapat melihat di setiap negeri kecuali di Negeri Sembilan, Melaka dan Pulau Pinang Ketua Negeri adalah Sultan yang merupakan orang Melayu. Malah bagi negeri yang tidak mempunyai Sultan juga, Yang Dipertua Negeri adalah orang Melayu juga. Jika kita bukan tuan kepada negeri-negeri di Malaysia ini mengapa pelembgaan menetapkan Ketua Negeri adalah orang-orang Melayu?

7. Ketuanan Melayu tidak bermakna kita mengamalkan sistem perhambaan kepada kaum lain. Malah dalam realiti sebenar, taraf sosio ekonomi orang-orang Melayu jauh ketinggalan berbanding dengan kaum-kaum lain. Orang-orang cina umpamanya mempunyai ramai golongan koperat akibat penglibatan mereka di dalam perniagaan. orang-orang India pula ramai menjadi doktor dan peguam. Hanya selepas ujudnya institusi pengajian tinggi khas untuk Bumiputera seperti ITM (kini UiTM) - hasil usaha UMNO maka orang Melayu dapat melahirkan ramai golongan professional.Malangnya sebahagian mereka ini seperti kacang lupakan kulit, madu diberi tuba dibalas.

8. Kepada semua Pemuda dan orang melayu amnya, adalah lebih baik bagi kita untuk membaca kembali buku-buku sejarah mengenai Kemerdekaan Tanah Melayu. Ia akan memberikan kefahaman yang lebih tepat dan terperinci mengenai sejarah perjuangan Orang Melayu. Jauh perjalanan luas pengalaman. Banyak membaca menambahkan ilmu pengetahuan!

Jadual Persidangan Minggu Ke 3

Adalah dimaklumkan bahawa pada minggu ini cawangan-cawangan Pemuda UMNO akan mengadakan mesyuarat adalah seperti berikut :-

Khamis, 28.5.2009

PPU Serkat Timur
Tempat - Balai UMNO Cawangan
Masa - 8.30 mlm
Penyelaras - Sdr. Zulkarnain Mohd Said

Sabtu, 30.5.2009

PPU Cawangan Batu 36, Kg Kemang
Tempat - Di perkarangan rumah Ketua UMNO Cawangan
Masa - 9.00 mlm
Penyelaras - Sdr Ahmad

Ahad, 31.5.2009

PPU Cawangan Bt 35
Tempat - Balai Masjid Sg. Bunyi
Masa - 9.00 mlm
Penyelaras - Sdr Johar Mohd Said

Tuesday, May 26, 2009

Pegawai Penyelaras Penerangan Zon.

1. Beberapa orang telah dipilih untuk menjadi pegawai penyelaras penerangan bagi Dun Pekan
Nenas dan Dun Kukup :-

a. Bagi Dun Pekan Nenas ia diketuai oleh Sdr Rodahlan Paya Embun, dan dibantu oleh Sdr
Mansor bin Puasa Maju Jaya dan Sdr. Jamaluddin daripada Sinar Harapan.

b. Manakala bagi Dun Kukup ia diketuai oleh Sdr Raihan daripada Serkat dan dibantu oleh Sdr.
Norhisyam daripada Serkat Timur dan Sdr. Nasharudin daripada Rimba Terjun Barat.

c. Bagi kawasan bandar pula pegawai penyelaras yang dilantik ia Sdr. Faizal iaitu Ketua
Cawangan Pemuda Parit Mesjid. Beliau juga merupakan Setiausaha Biro ICT.


2. Perlantikan beberapa pegawai ini dibuat atas beberapa sebab tertentu :-

a. Untuk membantu biro penerangan dalam mencapai objektif dengan berkesan
b. Melatih pegawai-pegawai tersebut untuk menjadi agen penerangan parti yang berkesan
c. mendedahkankan mereka kepada keadaan sebenar yang berlaku di peringkat akar umbi
d. memberi peluang kepada ramai ahli pemuda untuk berkhidmat di dalam parti walaupun
mereka tidak mempunyai jawatan sebagai pegawai di peringkat bahagian.



Monday, May 25, 2009

Mahathirism - Apakah Satu Kesilapan?

1. Saya baru selesai membaca blog Tun mengenai tajuk di atas. Kadang-kadang kita hairan mengapa di dalam sosio budaya Melayu, orang suka membuat perbandingan yang tidak perlu. Apa yang perlunya mempersoalkan Mahathirsm itu? Apabila kita mempunyai seorang Perdana Menteri yang sepintar beliau maka kita dapati pentadbiran negara berjalan dengan baik, banyak pembangunan dilakukan dan pada masa yang sama ekonomi berkembang dengan baik.Peluang pekerjaan juga dapat diujudkan dengan banyak. Ini semua menyumbang kepada keadaan negara yang stabil dan makmur. Selain itu juga imej negara kita dipandang tinggi oleh dunia. Jadi apa yang silapnya mengenai Mahathirisme itu? Politik ini kadangkala memeningkan apabila ahli-ahli politik lebih berminat 'berpolitik' untuk kepentingan peribadi daripada menunaikan tanggungjawab sebagai ahli politik sejati. Sebab itu mengapa seringkali kita dapati di sesetengah tempat, politik dikuasai oleh mereka yang punyai banyak wang dan berpengaruh berbanding mereka yang mempunyai kepandaian dan kebolehan yang memberi manfaat penduduk setempat.


2. Hari ini seluruh rakyat menaruh harapan kepada gandingan YAB Dato Seri Najib Tun Abdul Razak dan Tan Sri Muhyidin Yasin untuk mengemudi negara menghadapi cabaran krisis ekonomi global. Sehubungan dengan itu kita dapat melihat beberapa langkah telah diambil untuk meminumkan kesan tersebut kepada rakyat kita. Biarpun begitu, pihak pembangkang masih juga tidak berpuas hati dan menuduh kerajaan yang diterajui oleh BN lembap dan tidak membuat tindakan yang mencukupi. Kalau kita perhatikan pada tahun 1998 dahulu apabila kerajaan mengambil langkah untuk menambat nilai matawang kita kepada dolar Amerika, seluruh dunia mengecam tindakan tersebut. Kemudian apabila kerajaan mengambil langkah untuk menyelamatkan syarikat-syarikat penting negara, sekali lagi kita dikecam oleh pakar ekonomi dunia kerana mengambil langkah yang tidak popular. Hari ini sesudah 10 tahun berlalu sejarah akhirnya membuktikan langkah yang diambil oleh kerajaan kita di bawah kepimpinan Tun Mahathir dahulu, adalah langkah pintar yang telah menyelamatkan kita daripada cengkaman IMF. Jika tidak sudah tentu ekonomi kita akan mengalami nasib yang sama seperti Thailand, Filipina dan Indonesia. Dan jangan pula kita lupa bahawa orang yang beriya-iya untuk mengambil pakej IMF sebagai jalan penyelesaian ketika krisis ekonomi tersebut bukankah Anwar Ibrahim?

3. Sejarah tidak akan berbohong, kecuali fakta sejarah itu dipalsukan. Sejarah telah menulis bahawa Malaysia telah berada di puncak kegemilangan di bawah era Mahathirisme. Selama 22 tahun di bawah era Mahathirism Malaysia berjaya menukar imej daripada negara yang bergantung kepada hasil pertanian kepada negara industri perkilangan. Kepimpinan beliau telah mengubah senario penduduk Malaysia daripada golongan petani, penoreh getah dan nelayan kepada masyarakat Melayu baru yang terdiri daripda peniaga-peniaga kelas menengah, ahli-ahli professional serta golongan koperat. 22 tahun bukan jangkamasa yang lama untuk kita melupai sejarah tersebut. Kecualilah kita benar-benar seorang yang buta hati atau dungu ! Sejarah juga nanti akan menulis bagaimana kemakmuran negara yang kita cintai ini dimusnah dan diporak perandakan oleh seorang insan yang menjadi pengkhianat kepada bangsa Melayu dan UMNO iaitu Anwar Ibrahim.

Jemputan Ke majlis Perkahwinan

1. Saya dengan ini sebagaimana yang diwakilkan oleh Sdr. Yusni Bin Kadir iaitu Ketua Pemuda UMNO Cawangan Simpang Kiri dengan segala hormatnya menjemput saudara-saudara sekelian untuk hadir ke majlis perkahwinan adinda beliau pada tarikh Ahad, 31 mei 2009 di Kg. Simpang Kiri, Kukup Pontian. Beliau juga menyampaikan salam hormat kepada semua ahli pemuda dan mohon maaf kepada sesiapa yang masih belum dapat jemputan.

2. Kepada semua ahli pemuda dapat kiranya kita hadir ke majlis tersebut beramai-ramai sebagai tanda ukhuwah kita sesama muslim. Tapi jangan lupa pula nak menyumbang lepas makan tu ye ! hehehehe..

Amaran Gangguan Bekalan Air

Assalamualaikum,

Untuk makluman, berikut adalah maklumat yang dipetik daripada laman web rasmi Kerajaan Negeri Johor. Oleh itu saya berharap agar semua pihak dapat mengambil perhatian terhadap perkara tersebut.

Gangguan air 20 jam di Kukup, Tanjung Piai 26 Mei

PONTIAN: Gangguan bekalan air akan berlaku di beberapa kawasan sekitar Kukup dan Tanjung Piai selama 20 jam, bermula 26 Mei ini bagi membolehkan kerja penyambungan paip baru di Pontian Selatan dari Simpang Kukup hingga Tanjung Piai, di sini.

Ketua Komunikasi Korporat Syarikat Air Johor (SAJ), Jamaluddin Jamil, berkata kawasan yang akan terjejas ialah seluruh kawasan Telok Kerang, seluruh kawasan Penerok, Kampung Baru Penerok, Sungai Karang, Sungai Boh, Sungai Chengkeh, seluruh kawasan Rambah, kawasan Jalan Peradin, Parit Jerman, Parit Sulaiman dan Parit Rambai.

Turut terjejas adalah sepanjang Jalan Kukup (dari Simpang Tenggayun hingga Kukup Laut), Rumah Kilat Rambah, Taman Rambah, Taman Azizah, seluruh kawasan Peradin, Kampung Sungai Buntu, Kampung Makam, Kampung Timor Laut, kawasan Kukup Golf Resort dan rumah pekerja serta seluruh kawasan Serkat.

Seluruh kawasan Tanjung Piai, sepanjang Jalan Serkat hingga Perpat Timbul, seluruh kawasan Permas Kelapa, seluruh kawasan Chokoh, seluruh kawasan Permas, Taman Laksamana, seluruh kawasan Kukup, Taman Mahkota, Kampung Air Masin, Kukup Laut, Kampung Permas Besar, Kampung Melayu dan kawasan sekitarnya juga akan mengalami gangguan berkenaan.

Sekian untuk makluman.


Hawari Md. Khalid

Ketua Penerangan


Sunday, May 24, 2009

Persidangan Caw. Pemuda Sudah Bermula!

Assalamualaikum wbt.

1. Petang tadi 2 cawangan Pemuda UMNO kita telah selesai mengadakan persidangan masing-masing sebagaimana yang dijadualkan. Saya bersama Ketua Pemuda En. Mesnor dan beberapa exco bahagian turut serta menjadi pemerhati persidangan tersebut. Walaupun berjalan dengan agak sederhana dengan korum yang cukup-cukup, tapi apa yang penting persidangan telah dapat diadakan dengan sempurna. Cuma maaflah kerana kami tidak dapat lama berada di persidangan cawangan anda kerana terpaksa menunjuk muka di cawangan pemuda yang lain pula.

2. Melihatkan perjalanan mesyuarat pemuda cawangan petang tadi, saya terkenang kepada waktu mula-mula saya menyertai pergerakan Pemuda UMNO kira-kira 15 tahun yang lalu dan dilantik menjadi Ketua Pemuda Cawangan pada usia yang begitu muda. Oleh yang demikian saya faham perasaan sesetengah ketua pemuda yang berumur di awal 20-an. Segalanya kelihatan samar-samar, tapi tak mengapalah, insya Allah dalam sedikit masa lagi Biro Penerangan akan mengadakan kursus kepimpinan asas kepada semua Ketua Pemuda dan barisan exco masing-masing. Pada masa ini saya masih meneliti module kursus tersebut dan masih berbincang mengenai isi kandungan yang sesuai untuk kita semua.

3. Ada beberapa perkara yang disentuh oleh Sdr. Mesnor dalam ucapan perasmian mesyuarat pemuda cawangan petang tadi. Pertamanya beliau meminta setiap cawangan pemuda untuk mencari sekurang-kurangnya 10 orang untuk didaftarkan dengan SPR (Suruhanjaya Pilihanraya). Ini adalah kerana tidak lama lagi juga kita akan mengadakan kempen pendaftaran pengundi. Keduanya beliau berharap agar semua pemuda dapat menggunakan blog Pemuda UMNO Tg. Piai sebagai medium yang dapat menghubungkan terus suara akar umbi dengan peringkat kepimpinan bahagian. Jika sebelum ini barangkali ada masalah atau perkara berbangkit yang tidak dapat dibawa terus kepada pihak pentadbiran pemuda bahagian atas alasan-alasan tertentu, maka kewujudan blog ini diharap memungkinkan perkara tersebut tidak berlaku lagi. Seterusnya beliau memaklumkan bahawa laman web rasmi Pemuda Bahagian Tg. Piai yang baru masih lagi dalam proses penyiapan dan ia sedang diuruskan oleh biro ICT yang diketuai oleh Sdr. Norafandi. Diharapkan selepas laman web tersebut disiapkan nanti, ia akan membawa dimensi dan era teknolgi yang baru kepada pergerakan Pemuda UMNO Tg. Piai ini. Perkara yang terpenting yang beliau harapkan ialah penubuhan persatuan belia bagi setiap cawangan pemuda UMNO. Oleh itu mana-mana cawangan pemuda yang mempunyai masalah dalam menubuhkan persatuan belia bolehlah terus berurusan dengan Sdr. Fairus Bin Jasa, Setiausaha Pemuda UMNO bahagian.

4. Kepada mana-mana cawangan yang masih belum bersidang, sebagaimana yang saya peringatkan sebelum ini, sila berhubung dengan Sdr. Fairuz Jasa iaitu Setiausaha Pemuda Bahagian. Insya Allah beliau akan membantu saudara semua. Kepada ahli-ahli pemuda cawangan yang telah bertemu saya petang tadi dan mempunyai alamat blog ini, rajin-rajinlah memberi respon anda untuk kebaikan bersama. Tujuan utama blog ini dilancarkan adalah semata-mata supaya kita dapat berhubung secara teknologi IT dengan berkesan. Jika ada sebarang masalah atau perkara berbangkit, jangan ragu dan segan untuk menulis di dalam blog ini.

Sekian dahulu, Salam hormat daripada saya.

Hawari Md. Khalid
Ketua Penerangan

Thursday, May 21, 2009

Jadual Persidangan Pemuda UMNO Cwgn.

Sila ambil makluman bahawa persidangan PPU Cawangan yang berlangsung pada hari Ahad 24/5/2009 melibatkan cawangan-cawangan berikut :-

1. Caw. Pt. Rambai - Dewan Serbaguna Pt. Rambai (2.00 ptg)
Penyelaras - Sdr. Norafandi

2. Caw Kg. Bahru Penerok - Sekolah Agama Penerok (2.00 ptg)
Penyelaras - Sdr Imam Sunhaji

3. Caw Tenggayun - Dewan Masjid (9.00 mlm)
Penyelaras - Sdr Zambri bin Hj Moin


Selamat bersidang !


Sekian harap maklum

Persidangan Pemuda UMNO Cawangan

Assalamualaikum wbt..

1. Pada hujung minggu ini terdapat beberapa cawangan yang akan mengadakan persidangan Pemuda UMNO bagi tahun 2009. Bagi cawangan-cawangan lain yang belum menetapkan tarikh persidangan, sila tetapkan tarikh yang sesuai dan maklumkan kepada urusetia Pemuda UMNO bahagian yang diketuai oleh Sdr. Fairus Bin Jasa. Ini akan membolehkan kita membuat penyelarasan terhadap persidangan cawangan anda.

2. Bagi ketua-ketua cawangan yang ingin mendapatkan sedikit bantuan kewangan untuk majlis persidangan cawangan masing-masing, bolehlah terus menghubungi Ketua Pemuda UMNO Bahagian iaitu Sdr. Mesnor Bin Bujang di talian 012 704 6026. Ini adalah sebagaimana yang telah beliau janji dan maklumkan di dalam majlis taklimat penerangan tempohari,

3. Bagi mana-mana cawangan yang mempunyai sebarang pertanyaan mengenai tatacara persidangan cawangan sila berurusan dengan Sdr. Fairus Bin Jasa. Untuk makluman, kita juga menyediakan satu salinan CD untuk rujukan kepada semua Ketua Pemuda cawangan.


4. Sebelum terlewat, saya selaku Ketua Penerangan PPU dan mewakili PPU Tg. Piai mengucapkan selamat bersidang kepada semua cawangan Pemuda UMNO di dalam bahagian Tg. Piai. Moga-moga majlis yang akan kita laksanakan ini mendapat rahmat dan keberkatan Allah.


Sekian untuk makluman.

Hawari Md. Khalid
Ketua Penerangan
PPU Tg. Piai

Saturday, May 9, 2009

Organisasi Pergerakan Pemuda UMNO
Bahagian Tg. Piai 2008-2011
Sukacita dimaklumkan bahwa organisai pergerakan Pemuda UMNO Bhg. Tg. Piai adalah seperti berikut :-

No Jawatan Nama
1 Ketua Pemuda Sdr. Mesnor Bin Bujang
2 Naib Ketua Sdr. Suhaimi Bin Salleh
3 Pen. Setiausaha Sdr. Mohd. Fairus Bin Jasa
4 Pen. Bendahari Sdr. Mohd. Aziz Bin Dollah
5 Ketua Penerangan Sdr. Hawari Bin Md. Khalid


Senarai Biro-Biro

Nama Biro Ketua Biro

1. Biro Ekonomi & Politik Sdr. Mesnor Bin Bujang
2 Biro Keselamatan & Sdr. Suhaimi Bin Salleh
Hal Ehwal Pengguna
3 Biro Agama & Pembangunan Sosial Sdr Mohd. Sunhaji Bin Selamat
4 Biro Latihan & Keahlian Sdr. Mohd. Ikhwan Bin Datuk Nasir
5 Biro Belia & Sukan Sdr. Isa Bin Kasnin
6 Biro Agro & Aqua Kultur Sdr. Ahmad Bin Abdullah
7 Biro ICT Sdr. Norafandi Bin Jamaian
8 Biro Kebudayaan , kesenian, Sdr. Kamarudin Bin Hj. Abdullah
Pelancongan & Rekreasi
9 Biro Pendidikan & Kesihatan Sdr. Dr. Mohd. Isa Bin Ismail
10 Biro Putera Sdr. Mohd Zamri Bin A. Moin


Timbalan Ketua Biro :-

1. Biro Ekonomi & Politik Sdr. Johar Bin Mohd. Said
2 Biro Keselamatan & Sdr. Amran Bin Jalil
Hal Ehwal Pengguna
3 Biro Agama & Pembangunan Sosial Sdr. Amir Hamzah Bin Adnan
4 Biro Latihan & Keahlian Sdr. Kasbon Bin Kasron
5 Biro Belia & Sukan Sdr. Hishamudin Bin Husin
6 Biro Agro & Aqua Kultur Sdr. Azizul Bin Othman
7 Biro ICT Sdr. Zulkarnain Bin Mohd. Said
8 Biro Kebudayaan , kesenian, Sdr. Yusni Bin Bachok
Pelancongan & Rekreasi
9 Biro Pendidikan & Kesihatan Sdr. Mohd. Nazree Bin Abd. Rahim
10 Biro Putera Sdr. Mohd. Nazrol Bin Md. Amin