Saturday, June 6, 2009

Kecacatan Pakatan Rakyat - Satu Analisis

Tidak ada perkara yang sempurna. Begitu juga tidak ada parti yang sempurna. Walaupun di negeri-negeri lain fenomena Pakatan Rakyat semakin berkembang dan diterima, tapi Di Johor UMNO tetap menjadi wadah kepada orang-orang Melayu. Orang Melayu Johor sejak dahulu berjuang dan setia bersama UMNO. Itulah mengapa Johor kekal menjadi tulang belakang dan kubu kuat UMNO. Menganggotai UMNO Johor adalah kebangaan kepada orang Melayu Johor. Malah dalam keadaan dan isu, pemimpin dan ahli UMNO Johor sentiasa menjadi jurucakap atau pendebat yang hebat mempertahankan UMNO.

Pakatan Rakyat juga sebuah parti yang bermasalah. Berikut adalah krisis dalaman yang berlaku di dalam parti tersebut :-


1. Rampasan kuasa melalui lompatan parti secara beramai-ramai - seperti dijanjikan oleh Pakatan amnya dan Anwar Ibrahim khasnya - terbukti gagal, penyokong PKR seolah-olah terperdaya dalam perkara ini.

2. Taktik melompat parti yang digunakan Anwar sebaliknya diperalat Barisan Nasional untuk merampas kuasa kerajaan gabungan pembangkang di Perak dan menimbulkan krisis perlembagaan, hingga sekarang

3. Selepas rampasan kuasa Anwar gagal, kumpulan presiden PAS Abdul Hadi Awang pula dilaporkan ingin menghidupkan perbincangan dengan Umno berkaitan penubuhan kerajaaan perpaduan dengan BN. Mujurlah isu itu kini kelihatan sudah tinggal dalam lipatan sejarah.

4. Perselisihan faham dan pergeseran perwatakan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat sering berlaku secara terbuka.

5. Kewujudan anasir-anasir oportunis, korup dan tidak bertanggungjawab dalam kalangan pimpinan Pakatan Rakyat.


Strategi Pakatan Rakyat Memerangi UMNO dan BN :-

1. Benteng politik perkauman Umno dan Barisan Nasional mesti ditumpaskan sebelum politik baru dapat bertapak, proses ini perlu dimulai daripada penolakan secara tuntas segala dasar, falsafah dan institusi politik perkauman di negara kita.

2. Pakatan Rakyat yang longgar perlu disusun semula melalui penggubalan program minimum bersama dan rumusan disiplin yang dapat dikuatkuasakan.

3. "mencari persamaan sementara menyimpan perbezaan" (atau, seek common grounds while reserving differences) yang menjadi semangat barisan bersatu perlu dihayati dan diamalkan demi kepentingan perjuangan bersama Pakatan Rakyat.

4. Bersedia untuk memenangi pilihanraya umum akan datang agar sistem dua barisan, iaitu persaingan yang lebih adil dan seimbang antara Pakatan Rakyat dengan Barisan Nasional dapat diwujudkan demi kepentingan politik baru negara kita.

5. Masyarakat sivil dan badan-badan bukan kerajaan hendaklah menentang politik perkauman BN agar politik baru dapat bertapak dan berakar umbi di negara kita.


Artikel ini diubahsuai daripada ucapan penulis di seminar anjuran bersama Therocknews.com dan jawatankuasa hak sivil Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan KL pada 22 April 2009

No comments:

Post a Comment