Salam hormat untuk semua. Berikut saya siarkan komen Dato Reezal Marican, Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia merangkap Presiden GPMS
******
Kita kena mengakui satu perkara, bahawa pembangunan minda, pemikiran dan jatidiri di kalangan anak muda kita - mesti disesuaikan dengan zaman mereka. Kita tidak seharusnya mempersiap mereka untuk persaingan 'abad, dekad mahupun dasawarsa' kita dahulu. Memahami realiti global, soal pendidikan dan potensi sudah menjadi perkara yang sangat teras. Gagal merencana potensi yang kukuh di kalangan warga penerus, bererti kita menempah jalan yang susah dalam menempuh keluk perubahan.
Semua ini membuatkan penulis terfikir tentang kepentingan 'pendidikan' untuk menjadi asas kegemilangan bangsa di masa akan datang. Sesuai dengan matlamat mencapai negara maju pada tahun 2020, 'asas pendidikan' menjadi sangat utama dan wajar diangkat sebagai prioriti. Kita tidak boleh lagi terus bergelumang dengan usaha 'perubahan kecil' (piecemeal changes) tetapi lebih tertumpu dengan strategi membina warga pelajar yang berkemampuan dan berkemahiran tinggi di peringkat yang lebih besar. Fokus dan arah tumpuan semua pihak mestilah menjurus bukan sahaja kepada pembinaan infra; tetapi juga persoalan 'pembinaan kemahiran' (capability development) dan 'strategi manusia' (people strategy).
Penulis dihubungi oleh seorang rakan berstatus 'ustaz' dari pantai timur yang menyatakan kerisauan dengan tindakan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)mengehadkan 10 subjek untuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Dengan semua anaknya yang berada di aliran agama, rakan penulis sekadar menyatakan apakah ini memberi erti anaknya tidak boleh mengambil lebih daripada 10 subjek? Apa jadi dengan subjek agama yang dipelajari anaknya selama ini? Apakah ianya tidak mempunyai nilai langsung kepada pihak kerajaan?
Penulis beranggapan persoalan yang dikemukakan rakan penulis tadi adalah soal 'mekanisme' yang perlu diperkemaskan dalam kita menuju denai kemajuan. Bagi kalangan anak-anak yang sudah sedia berada di aliran agama, proses pencarian ilmu (knowledge seeking) tidak perlu berhenti dengan arahan pihak kementerian. Hakikatnya, asas keputusan KPM adalah di atas jalur masalah yang berbeza. Dengan ketidakwujudan 'had' dalam pengambilan subjek, wujud 'kelebihan' tertentu yang diperoleh mereka yang mendapat belasan malahan puluhan 'A'. Ini akhirnya akan mengundang permasalahan dalam penganugerahan biasiswa. Apatah lagi apabila kalangan anak-anak yang bersekolah asrama penuh tidak dibenarkan mengambil subjek yang berlebihan. Apakah belasan/puluhan 'A' ini mampu menjelmakan kecemerlangan sebagai seorang individu dan berjatidiri - adalah soal yang cukup berbeza.
Yang tentu, kita mesti berusaha untuk mencari solusi yang bersifat besar dan menyeluruh. Kita memerlukan strategi pembangunan modal insan yang lebih strategik dan bersesuaian dengan 'abad ini'. Sebaiknya, polemik 10 atau lebih daripada 10 - mesti diberikan penelitian yang lebih bersifat futuristik dan mesra rakyat. Hakikatnya, rakyat menginginkan model pendidikan yang mampu bersaing dengan negara yang lebih maju. Justeru, usaha 'pembatasan potensi' bukanlah sesuatu yang sangat diterima baik.
Penulis lebih gemar jika kita mengambil contoh daripada Negara rakan yang lebih maju dan sedikit terkehadapan dalam soal pembinaan potensi warga. Negara yang tidak punya pilihan, tetapi melihat soal 'modal insan' sebagai teras yang tidak boleh sama sekali diketepikan. Negara yang tidak punya modal lain - sekaligus menatang potensi warga yang lebih seimbang dan mampu bersaing di pentas antarabangsa. Ini semua memerlukan 'jiwa dan dada yang lapang'; sekaligus melihat apa 'hasil' yang mereka peroleh dengan tindakan, polisi dan dasar yang sedemikian sifatnya.
Untuk itu, penulis amat tertarik dengan kewujudan 'Gifted Education Program' (GEP) yang dilaksanakan di Singapura. Rasional daripada pelaksanaan GEP ini adalah sememangnya wujud di kalangan anak-anak kita yang diberikan 'kelebihan' tertentu untuk menerima pendidikan dan kemahiran yang lebih tinggi daripada rakan sebayanya. GEP menerima hakikat bahawa 'potensi' tidak sewajarnya dibatasi oleh 'sistem' yang terlalu ketat dan mendesak. Mereka yang mampu dan terbukti mempunyai wibawa mengurus masa dan kemahiran pendidikan yang lebih tinggi - mesti dibenarkan berada di dalam 'arus pendidikan' yang bersesuaian itu. Keterbatasan potensi tidak harus wujud dalam apa bentuk sekalipun.
Ruang dan potensi GEP ini disaksikan sendiri oleh isteri YAB Perdana Menteri yang mengadakan lawatan ke National University of Singapore (NUS) High School of Mathematics and Science dalam lawatan yang berlangsung baru-baru ini. Anak-anak yang masih muda diberikan pendedahan filosofi matematik dan sains yang jauh terkehadapan. Minda, potensi dan bakat anak muda ini diasuh dengan sebegitu rupa, agar mereka inilah yang bakal menjadi kalangan saintis dan pemikir yang boleh kembali menyumbang kepada kemajuan Negara. Asuhan ilmu ini dilakukan dalam usia yang sedemikian muda dan menjurus kepada nilai pendidikan yang terkini dan sesuai dengan tuntutan masa.
Selain daripada kewujudan sekolah khas seperti NUS - High School of Mathematics and Science, GEP di Singapura juga ditawarkan di sekolah terpilih. Apa yang dikatakan sebagai School-Based GEP yang ditawarkan secara bersepadu turut dilaksanakan. Malahan secara keseluruhannya, GEP menawarkan beberapa jurusan yang dirasakan penting kepada pembangunan Negara tersebut. Antara pecahan yang terdapat dalam pelaksanaan GEP di Singapura, khusus dalam bidang Sains adalah seperti berikut: Creative and Heuristic Applications of Science (CHAOS), Science Mentorship Programme (SMP), Science Reseach Programme (SRP) dan Science Focus (SF). SMP misalnya dijayakan secara 'bersama' dengan beberapa institusi pengajian tinggi terpilih seperti NUS dan Nanyang Technical University (NTU).
Jurusan kemanusiaan (humanities) pula dibahagi kepada beberapa program utama: Creative Arts Programme (CAP), Humanities and Social Science Research Programme (HSSRP) dan Moot Parliament Programme (MP). Dua jurusan lain yang turut ditawarkan adalah Program Inovasi (Innovation Programme) dan Program Kepimpinan (Leadership Programme).
Apa yang penulis ingin cadangkan adalah kemungkinan pihak kementerian membina Unit Baru, yang menjurus dan selari dengan matlamat GEP (Singapura) ataupun Gifted and Talented Education (GATE, Australia) dengan seberapa segera. Mahu tidak mahu, kita mesti pantas bergerak sama laju, sama pantas dengan Negara yang memberikan sokongan dan dokongan padu kepada kalangan para pelajar yang punya kemahiran dan kemampuan luar biasa. Usaha memilih dan membina potensi para pelajar ini mesti diberikan fokus dan perhatian utama. Niat dan hasrat program PERMATA yang diusahakan oleh Kerajaan adalah amat baik. Namun, usaha juga mesti dilakukan dalam mengenalpasti bakat di peringkat yang lebih dewasa sedikit.
Penulis juga suka mencadangkan agar pihak kerajaan memberikan KPI khusus kepada mereka yang terlibat dalam pembinaan Koridor Baru Pembangunan untuk mengusahakan program ala-GEP ataupun ala-GATE dengan seberapa segera. Jika usaha ini dilakukan, kita sudah mampu mempunyai sekurang-kurangnya 4 atau 5 sekolah model khas yang mengurus mereka yang 'terpilih' dan mempunyai kemampuan luar biasa. Seharusnyalah, ianya tidak tertumpu kepada usaha pembangunan pelajaran sains dan teknologi (S & T) semata-mata; malahan mungkin mampu membina mereka yang sangat jaguh dalam bahasa, kesusasteraan dan alat muzik tradisonal. Langkah pengukuhan jatidiri bangsa jangan sesekali kita pinggirkan.
Yang jelas, kita sedang berada di landasan pembangunan pendidikan yang betul dan tepat. Langkah Kerajaan memperkenal pengkhususan terma Sekolah Bistari dan Sekolah Kluster membayangkan bahawa kita sudah berusaha dengan bersungguh ke arah ini. Namun, apa yang masyarakat di bawah mahu lihat dan perhatikan adalah kewujudan segera 'model sekolah' yang dianggap sangat terkehadapan dan fokus dalam pendekatan pendidikan yang ada. Pendemokrasian infrastruktur dan akses yang diperkatakan di dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) itu sendiri telah membayangkan komitmen luar biasa kerajaan dalam bidang pendidikan. Bukan niat kita membina 6 atau 7 sekolah yang hebat; kita mahukan jauh lebih daripada itu!
Satu perkara yang paling jelas adalah keperluan kita memperluaskan 'pemegang taruh' (stakeholders) dalam agenda pengukuhan pendidikan. Di Singapura, mahupun Australia, keterlibatan pihak insitusi pengajian tinggi dan pihak swasta dalam membugar semangat keterpilihan dan kecemerlangan ini adalah sangat luar biasa. NUS, Nanyang Technical University menjadi 'teras penting' kepada pemerkasaan GEP di Singapura. Syarikat seperti Rio Tinto menaja dan menjadi teras kepada pelaksanaan GATE di Australia. Apakah suasana kebersamaan ini juga boleh diwujudkan di Malaysia? Pastinya, kita mampu berbuat demikian.
Dengan memberikan fokus kepada pelaksanaan program ala GEP atau ala GATE di Koridor Pembangunan Baru adalah pilihan yang terbaik yang mampu difikirkan. Bayangkan jika kita mempunyai 'Malaysian Gifted Education Programme' yang tersendiri di setiap koridor. MGEP-Koridor Utara (NCER), MGEP-Koridor Timur (ECER), MGEP- Iskandar, MGEP-Score (Sarawak) dan MGEP-SDC (Sabah). Setiap daripada program ini juga akan dibantu secara terus oleh beberapa Universiti dan IPT yang berdekatan.
Apapun jua, apa yang dicadangkan oleh penulis ini sekadar respons dan maklum balas awal yang diperoleh masyarakat di bawah tentang keputusan mengehadkan subjek di dalam SPM. Sementara ramai yang bersetuju, ramai juga yang tidak. Ada yang menyatakan kerisauan jika ianya mengehadkan sama 'potensi' sebenar yang ada di kalangan pelajar kita. Ada juga di kalangan pihak pembangkang yang menghentam secara semborono tetapi gagal memberikan sebarang cadangan yang lebih rasional dan berjiwa besar. Inilah nilai kepembangkangan yang kita ada - gemar menghentam tetapi tidak mampu membawa 'nilai dan makna' kepada apa yang mereka tidak persetujui. Minda mereka terbelenggu dengan 'fikrah kepembangkangan' yang sempit dan tidak berlapang dada.
Dua perkara yang penulis mahu tekankan: pertama, mekanisme sedia ada - khususnya dalam mengamalkan konsep 'terbuka' di dalam pemilihan subjek SPM boleh dipertimbang untuk dikekalkan dengan pra-syarat jelas bahawa pelajar maklum bahawa ianya tidak membawa sebarang kelebihan atau 'merit' di dalam penganugerahan biasiswa. Keduanya, jangan sesekali subjek teras menjadi korban kepada usaha kita mengenakan had kepada pelajar. Penulis sekadar menyampaikan pandangan kelompok yang khuatir ada subjek teras yang dirasakan penting bakal 'dikorbankan' dalam usaha ini.
Adalah juga menjadi keperluan untuk kita memandang isu pendidikan dalam 'spektrum' yang lebih luas. Perubahan demi perubahan, yang dibuat atas landasan kecemerlangan sistem pendidikan mestilah dijayakan dengan sepenuh hati. Hakikatnya, jatuh bangun, maju mundur, miskin kaya sesuatu bangsa akan banyak bergantung dengan kesiagaan kita mencapai kecemerlangan dalam bidang pendidikan secara yang menyeluruh.
REEZAL MERICAN NAINA MERICAN
Presiden GPMS
Saturday, June 6, 2009
Saturday, May 30, 2009
When You Believe - A Motivation
1.Ada beberapa rakan-rakan pemuda yang memberi komen supaya ruangan blog ini juga digunakan sebagai forum ilmu seperti memberi motivasi dan sebagainya. Saya teruja dengan idea sedemikian. Oleh itu saya berikan sedikit motivasi ringkas sebagai respon idea tersebut.
2. 'When You Believe' sebenarnya tajuk sebuah lagu yang dinyanyikan oleh dua penyanyi terkenal iaitu Whitney dan Mariah Carey. Bagi anda yang tidak biasa dengan lagu ini bolehlah mendengarnya melalui youtube dengan menaip tajuk lagu tersebut. Lagu ini memberi inspirasi kerana ada bait lirik lagu tersebut yang menyatakan sekiranya kita percaya kepada diri kita, keajaiban akan muncul. Antara faktor kejayaan ialah percaya kepada diri sendiri. Jika kita tidak mempercayai kebolehan diri sendiri, itu bererti kita menggagalkan diri kita sebelum kegagalan sebenar tiba.
2. Bintang bola keranjang NBA yang terkenal Micheal Jordan pernah berkata bahawa kejayaan dicapai melalui 5 perkara :-
a. Kemahuan
b. Keazaman
c. Disiplin
d. Dedikasi
e. Membuat keputusan yang betul pada masa yang betul
3. Percayalah kepada diri anda. Ia adalah sikap yang menghalang kita daripada berputus asa. Ingatlah sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang berputus asa dalam membuat kebaikan.
Sekian untuk renungan bersama.

Friday, May 29, 2009
Calon G2
1. Sebagaimana yang pernah diumumkan bahawa 2 calon G2 yang dinamakan oleh Pemuda Bahagian adalah Sdr Zambri Bin Moin dan Sdr. Norafandi. Kedua-duanya adalah AJK pemuda Bahagian. Mengapa Pemuda Bahagian menamakan mereka sebagai calon G2? Sebabnya kerana hanya 2 individu ini yang menawarkan diri apabila Sdr Mesnor membuka ruang pencalonan kepada semua AJK. Oleh itu semua yang hadir pada mesyuarat AJK Bahagian tersebut (termasuk NKP Sdr Suhaimi Salleh) telah sebulat suara menyokong pencalonan kedua-dua AJK ini.
2. Ada juga rakan yang menelefon bertanya samada bolehkah mereka mencalonkan nama lain selain daripada 2 orang AJK yang dinamakan tadi? Jawapannya; boleh dan tidak ada halangan. Di dalam demokrasi anda boleh mencadangkan sesiapa sahaja asalkan menepati syarat-syarat yang diperuntukkan oleh perlembagaan dan peraturan parti . Cuma pada peringkat bahagian semua AJK dan pegawai telah sebulat suara menyokong pencalonan 2 nama yang dicalonkan tadi. Oleh itu mereka juga sebulat suara telah menolak sebarang cadangan bagi nama mereka.
3. Saya berharap agar jawapan ringkas ini dapat menerangkan kedudukan sebenar kepada ahli-ahli pemuda di luar sana. Kita berharap tidak timbul persepsi yang mengatakan bahawa kita bertindak menyekat suara demokrasi dengan membelakangkan perlembagaan parti.
Sekian harap maklum.

Thursday, May 28, 2009
Sejarah & Ketuanan Melayu
1. Terima kasih kepada Sdr. Faizal Ketua PPU Cawangan Pt Mesjid yang memberikan komen beliau mengenai Ketuanan Melayu. Memang generasi muda hari ini tidak berapa mengetahui Sejarah ketuanan Melayu, apalagi mengenai Sejarah Tanah Melayu. Kadang terfikir juga di hati, benarkah kita orang Melayu bilamana kita tidak mengetahui sejarah bangsa sendiri?
2. Secara ringkasnya kerajaan Melayu bermula pada tahun 1400. Ia asaskan oleh Paremeswara sehinggalah pada tahun 1511 Kerajaan Melayu Melaka ditumbangkan oleh Portugis. Kemudian Belanda mengalahkan Portugis dan menjajah Tanah Melayu. Belanda Kemudiannya ditundukkan oleh pihak Inggeris. Inggeris berkuasa di Tanah Melayu sehinggalah Jepun menyerang dan menakluk Tanah Melayu. Walaubagaimanapun penjajahan Jepun tidak lama apabila mereka mengaku kalah di dalam Perang Dunia Ke 2. Ketika pemerintahan Jepun, Orang-orang Melayu meminta bantuan British untuk menentang Jepun.
3. Apabila Jepun berjaya dikalahkan,British berkuasa kembali di Tanah Melayu dan berhasrat menubuhkan Malayan Union. Inilah detik kebangkitan orang Melayu menutut kemerdekaan.Maka UMNO ditubuhkan sebagai parti wadah bangsa Melayu. Orang-orang Melayu ketika itu sedar bahawa jika kita tidak menuntut kemerdekaan, Melayu akan kekal menjadi hamba di tanah air sendiri.Negeri-negeri Tanah Melayu ketika itu terbahagi kepada 3 iaitu Negeri-Negeri Bersekutu, Negeri-Negeri Tidak Bersekutu dan dan Negeri Selat. Ada juga parti-parti kecil orang Melayu yang berhaluan kiri tapi UMNO merupakan parti utama yang mewakili majoriti besar suara orang-rang Melayu ketika itu.
4. Kaum Cina dan India telah datang ke Tanah Melayu sejak dari zaman Kerajaan melayu Melaka lagi . Meraka adalah adalah kaum pedagang dari timur dan barat.orang Cina berdagang sutera manakala orang India berdagang rempah dan kain. Pada zaman British ramai pendatang cina dibawa masuk bagi tujuan perlombongan. Orang India pula dibawa masuk untuk bekerja di ladang-ladang getah kepunyaan British. Ketika orang Melayu menuntut kemerdekaan, ketua kaum-kaum ini telah telah datang berunding dengan Allahyarham Tunku Abdul Rahman menyatakan hasrat bahawa mereka juga ingin bersama-sama menumpang kemerdekaan ini dengan orang Melayu. Banyak rundingan telah dibuat. Orang Melayu sejak dari dahulu terkenal dengan sifat tolak ansur. Maka UMNO yang mewakili suara orang-orang Melayu ketika itu bersetuju mengiktiraf kaum cina dan India sebagai penduduk Tanah Melayu (Melaya).
5. Tidak lama selepas merdeka, atas aspirasi Nasional, Tanah Melayu (Melaya)ditukar kepada Malaysia supaya kaum cina dan india tidak tersinggung dan berasa kecil hati dengan perkatan Melaya yang bermaksud Tanah Melayu. Dengan penggunaan nama Malaysia orang Melayu berharap kaum-kaum cina dan India dapat hidup di bumi orang Melayu ini dengan harmoni, amai damai dan saling menghormati. Malangnya hari ini setelah 53 tahun merdeka, generasi muda terutama daripada dua kaum terbesar ini tidak mengetahui sejarah penting tersebut. Lebih mendukacitakan anak-anak muda Melayu juga tidak mengetahui sejarah Melayu. Inilah yang menyebabkan kekeliruan. maka muncul konsep Malaysian Malaysia dengan tujuan untuk mengubah sejarah dan landskap sosio politik Malaysia.
6. Inilah pentingnya mengetahui sejarah. Jika kita mengetahui sejarah dengan tepat, maka persoalan mengenai ketuanan Melayu ini bukanlah isu yang mengelirukan. Benar, kaum-kaum lain juga adalah warganegara Malaysia dan mempuyai hak sama rata di dalam perlembagaan. Selama ini pun kita tidak pernah menafikan hak-hak kaum tersebut. Parti-parti seperti MIC dan MCA telah sekian lama menjadi saluran bagi kaum tersebut dalam menuntut hak mereka sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan. Jadi mengapa pula kini mereka mempersoalkan hak-hak orang Melayu? Oleh kerana malaysia ini asalnya adalah Tanah Melayu, maka kita dapat melihat di setiap negeri kecuali di Negeri Sembilan, Melaka dan Pulau Pinang Ketua Negeri adalah Sultan yang merupakan orang Melayu. Malah bagi negeri yang tidak mempunyai Sultan juga, Yang Dipertua Negeri adalah orang Melayu juga. Jika kita bukan tuan kepada negeri-negeri di Malaysia ini mengapa pelembgaan menetapkan Ketua Negeri adalah orang-orang Melayu?
7. Ketuanan Melayu tidak bermakna kita mengamalkan sistem perhambaan kepada kaum lain. Malah dalam realiti sebenar, taraf sosio ekonomi orang-orang Melayu jauh ketinggalan berbanding dengan kaum-kaum lain. Orang-orang cina umpamanya mempunyai ramai golongan koperat akibat penglibatan mereka di dalam perniagaan. orang-orang India pula ramai menjadi doktor dan peguam. Hanya selepas ujudnya institusi pengajian tinggi khas untuk Bumiputera seperti ITM (kini UiTM) - hasil usaha UMNO maka orang Melayu dapat melahirkan ramai golongan professional.Malangnya sebahagian mereka ini seperti kacang lupakan kulit, madu diberi tuba dibalas.
8. Kepada semua Pemuda dan orang melayu amnya, adalah lebih baik bagi kita untuk membaca kembali buku-buku sejarah mengenai Kemerdekaan Tanah Melayu. Ia akan memberikan kefahaman yang lebih tepat dan terperinci mengenai sejarah perjuangan Orang Melayu. Jauh perjalanan luas pengalaman. Banyak membaca menambahkan ilmu pengetahuan!

Jadual Persidangan Minggu Ke 3
Adalah dimaklumkan bahawa pada minggu ini cawangan-cawangan Pemuda UMNO akan mengadakan mesyuarat adalah seperti berikut :-
Khamis, 28.5.2009
PPU Serkat Timur
Tempat - Balai UMNO Cawangan
Masa - 8.30 mlm
Penyelaras - Sdr. Zulkarnain Mohd Said
Sabtu, 30.5.2009
PPU Cawangan Batu 36, Kg Kemang
Tempat - Di perkarangan rumah Ketua UMNO Cawangan
Masa - 9.00 mlm
Penyelaras - Sdr Ahmad
Ahad, 31.5.2009
PPU Cawangan Bt 35
Tempat - Balai Masjid Sg. Bunyi
Masa - 9.00 mlm
Penyelaras - Sdr Johar Mohd Said

Tuesday, May 26, 2009
Pegawai Penyelaras Penerangan Zon.
1. Beberapa orang telah dipilih untuk menjadi pegawai penyelaras penerangan bagi Dun Pekan
Nenas dan Dun Kukup :-
a. Bagi Dun Pekan Nenas ia diketuai oleh Sdr Rodahlan Paya Embun, dan dibantu oleh Sdr
Mansor bin Puasa Maju Jaya dan Sdr. Jamaluddin daripada Sinar Harapan.
b. Manakala bagi Dun Kukup ia diketuai oleh Sdr Raihan daripada Serkat dan dibantu oleh Sdr.
Norhisyam daripada Serkat Timur dan Sdr. Nasharudin daripada Rimba Terjun Barat.
c. Bagi kawasan bandar pula pegawai penyelaras yang dilantik ia Sdr. Faizal iaitu Ketua
Cawangan Pemuda Parit Mesjid. Beliau juga merupakan Setiausaha Biro ICT.
2. Perlantikan beberapa pegawai ini dibuat atas beberapa sebab tertentu :-
a. Untuk membantu biro penerangan dalam mencapai objektif dengan berkesan
b. Melatih pegawai-pegawai tersebut untuk menjadi agen penerangan parti yang berkesan
c. mendedahkankan mereka kepada keadaan sebenar yang berlaku di peringkat akar umbi
d. memberi peluang kepada ramai ahli pemuda untuk berkhidmat di dalam parti walaupun
mereka tidak mempunyai jawatan sebagai pegawai di peringkat bahagian.

Monday, May 25, 2009
Mahathirism - Apakah Satu Kesilapan?
1. Saya baru selesai membaca blog Tun mengenai tajuk di atas. Kadang-kadang kita hairan mengapa di dalam sosio budaya Melayu, orang suka membuat perbandingan yang tidak perlu. Apa yang perlunya mempersoalkan Mahathirsm itu? Apabila kita mempunyai seorang Perdana Menteri yang sepintar beliau maka kita dapati pentadbiran negara berjalan dengan baik, banyak pembangunan dilakukan dan pada masa yang sama ekonomi berkembang dengan baik.Peluang pekerjaan juga dapat diujudkan dengan banyak. Ini semua menyumbang kepada keadaan negara yang stabil dan makmur. Selain itu juga imej negara kita dipandang tinggi oleh dunia. Jadi apa yang silapnya mengenai Mahathirisme itu? Politik ini kadangkala memeningkan apabila ahli-ahli politik lebih berminat 'berpolitik' untuk kepentingan peribadi daripada menunaikan tanggungjawab sebagai ahli politik sejati. Sebab itu mengapa seringkali kita dapati di sesetengah tempat, politik dikuasai oleh mereka yang punyai banyak wang dan berpengaruh berbanding mereka yang mempunyai kepandaian dan kebolehan yang memberi manfaat penduduk setempat.
2. Hari ini seluruh rakyat menaruh harapan kepada gandingan YAB Dato Seri Najib Tun Abdul Razak dan Tan Sri Muhyidin Yasin untuk mengemudi negara menghadapi cabaran krisis ekonomi global. Sehubungan dengan itu kita dapat melihat beberapa langkah telah diambil untuk meminumkan kesan tersebut kepada rakyat kita. Biarpun begitu, pihak pembangkang masih juga tidak berpuas hati dan menuduh kerajaan yang diterajui oleh BN lembap dan tidak membuat tindakan yang mencukupi. Kalau kita perhatikan pada tahun 1998 dahulu apabila kerajaan mengambil langkah untuk menambat nilai matawang kita kepada dolar Amerika, seluruh dunia mengecam tindakan tersebut. Kemudian apabila kerajaan mengambil langkah untuk menyelamatkan syarikat-syarikat penting negara, sekali lagi kita dikecam oleh pakar ekonomi dunia kerana mengambil langkah yang tidak popular. Hari ini sesudah 10 tahun berlalu sejarah akhirnya membuktikan langkah yang diambil oleh kerajaan kita di bawah kepimpinan Tun Mahathir dahulu, adalah langkah pintar yang telah menyelamatkan kita daripada cengkaman IMF. Jika tidak sudah tentu ekonomi kita akan mengalami nasib yang sama seperti Thailand, Filipina dan Indonesia. Dan jangan pula kita lupa bahawa orang yang beriya-iya untuk mengambil pakej IMF sebagai jalan penyelesaian ketika krisis ekonomi tersebut bukankah Anwar Ibrahim?
3. Sejarah tidak akan berbohong, kecuali fakta sejarah itu dipalsukan. Sejarah telah menulis bahawa Malaysia telah berada di puncak kegemilangan di bawah era Mahathirisme. Selama 22 tahun di bawah era Mahathirism Malaysia berjaya menukar imej daripada negara yang bergantung kepada hasil pertanian kepada negara industri perkilangan. Kepimpinan beliau telah mengubah senario penduduk Malaysia daripada golongan petani, penoreh getah dan nelayan kepada masyarakat Melayu baru yang terdiri daripda peniaga-peniaga kelas menengah, ahli-ahli professional serta golongan koperat. 22 tahun bukan jangkamasa yang lama untuk kita melupai sejarah tersebut. Kecualilah kita benar-benar seorang yang buta hati atau dungu ! Sejarah juga nanti akan menulis bagaimana kemakmuran negara yang kita cintai ini dimusnah dan diporak perandakan oleh seorang insan yang menjadi pengkhianat kepada bangsa Melayu dan UMNO iaitu Anwar Ibrahim.

Subscribe to:
Posts (Atom)