Monday, April 6, 2009

Pengenalan

Salam hormat buat semua.

1. Dunia teknologi berkembang begitu pantas dan pesat pada hari ini. Manusia juga sudah banyak berkomunikasi secara maya. Internet sudah menjadi sesuatu yang hampir kepada kita.

2. Suatu ketika dahulu ketika pernah melalui kepayahan untuk menyalurkan maklumat dengan pantas dan tepat. Tapi dengan kemajuan teknologi, hari ini kita boleh menyalurkan maklumat melalui internet. Hari ini blog sudah menjadi medium yang popular kepada golongan muda yang mahir teknologi. Bahkan blog juga digunakan untuk tujuan seperti perniagaan dan sebagainya.

3. Pelancaran Blog Info PPU Tg. Piai ini, adalah usaha di mana kita berharap dapat merapatkan hubungan sesama kita. Blog ini diharap dapat menjadi satu medium yang berguna untuk pergerakan Pemuda UMNO Tg. Piai ini melakarkan satu era dan dimensi baru.

4. Dalam ucaptama pengenalan ringkas ini, saya menyeru kepada rakan-rakan di Bahagian Tg. Piai, menggunakan saluran yang mudah ini untuk memberikan respon, idea mahupun kritikan yang membina. Insya Allah dari masa ke semasa, blog ini akan menyalurkan pelbagai maklumat mengenai misi dan visi, atucara program cawangan dan bahagian serta maklumat-maklumat lin yang berguna.

5. Jika ada sebarang cadangan yang ingin diberikan, saudara boleh menghantarkannya melalui blog ini ataupun kepada email pirateoasis@gmail.com. Ingatlah pepatah pejuang lama . "Tanyakan apa sumbangan kita, bukan apa yang disumbangkan kepada kita. Demi sesungguhnya tangan yang memberi itu lebih mulia daripada tangan yang menerima. Dan ingatlah apa sahaja kebaikan yang kita lakukan ini semuanya ada sisi Allah , iaitu berupa pahala yang merupakan ganjaran yang paling baik jika kita memahaminya."

Dengan lafaz Bismilah.... saya buka blog ini kepada semua. Sekian salam hormat daripada saya.

Hawari Md. Khalid
Ketua Penerangan